Galeri Raja Zarith Sofiah terletak di Bangunan Perpustakaan Raja Zarith Sofiah, Aras 2, UTM Johor Bahru. Galeri ini menghimpunkan sejumlah koleksi peribadi bahan bacaan dalam pelbagai bidang perkara yang telah disumbangkan oleh Canselor UTM, Duli Yang Maha Mulia Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah Al Mutawakkil Alallahi Shah.