Galeri Tokoh Penyelidik adalah sebuah galeri yang mempamerkan pelbagai koleksi bahan berkait penyelidikan mengikut bidang kepakaran bagi tokoh penyelidik yang terpilih dan terulung di peringkat tempatan dan antarabangsa. Antara koleksi bahan penyelidikan yang dipamerkan adalah seperti bahan bacaan, trofi anugerah kejayaan dan pencapaian, penerbitan, sijil pengiktirafan, model, poster, video dan lain-lain media yang berkaitan. Pameran yang sedang berlangsung pada masa kini ialah Profesor Ir. Dr. Nor Aishah Saidina Amin, Saintis Tersohor Dalam Bidang Tindak Balas Kimia.